Sunday 18 September 2016

PENGENALAN


Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, media hiburan semakin berleluasa di keseluruh negara tidak kira peringkat umur. Pelbagai jenis hiburan telah disajikan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk visual,audio atau muzik dan filem. Namun, hiburan sebegini hanyalah melalaikan masyarakat di mana kebanyakannya tidak memberi pengajaran kepada penonton secara khusus. Industri tanah air kini mula berkembang pesat dengan pelbagai penghasilan muzik,filem mahupun drama yang bertemakan cinta atau romantik, komedi mahupun seram.
Berdasarkan perbincangan di atas, secara khususnya isu yang perlu diambil berat dan diketengahkan adalah unsur-unsur syirik dan khurafat yang disiarkan dalam filem-filem yang diterbitkan di mana boleh merosakkan aqidah masyarakat. Seperti yang diketahui,filem seram merupakan filem yang paling banyak menyiarkan unsur-unsur ini bagi menarik minat masyarakat untuk menonton dan mengutip keuntungan yang besar. Filem ber’genre’ seram ini sendiri mendapat kutipan terbanyak dalam sejarah kutipan filem tertinggi sepanjang zaman di Malaysia melalui filem “Munafik” berbanding filem yang menfokuskan kepada genre kerohanian dan pengajaran. Situasi sebegini telah menyebabkan banyak penggiat atau pengarah filem sendiri ingin menghasilkan lebih banyak filem seram bagi mengutip keuntungan yang besar.
Oleh yang demikian, masyarakat terutama penggiat seni perlu berhati-hati dalam menghasilkan sesebuah filem agar tidak melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penulis skrip khasnya perlu menghasilkan skrip yang berkualiti dan tidak terpesong dari ajaran Islam. Penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan filem yang ditonton sedangkan itu hanya rekaan semata-mata. Fitrah manusia lebih cenderung kepada  perkara negatif berbanding positif kerana ianya lebih memberi impak. Sebagai contoh, seperti yang diketahui umum filem berunsurkan positif terutama kerohanian dan pengajaran kurang mendapat perhatian masyarakat berbanding filem yang berasakan perkara negatif.

No comments:

Post a Comment