Sunday, 18 September 2016

AMALAN SYIRIK, KHURAFAT DAN CARA MENGATASI

ISU ISU SEMASA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

i) Filem

  • Filem "Hantu Bonceng" yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.



 ii) Akhbar

  • Melalui kolum nasionalnya pada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk "Ustaz bukan penghakau hantu: Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul". Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa "pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata". Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata "Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam".

iii) Internet


  • sememangnya tidak dinafikan dalam dunia global hari ini , kita dihujani dengan pelbagai informasi, cerita , artikel, dokemantari, gossip dan sebagainya lagi kesan daripada pembangunan sistem jaringan internet yakni suatu program yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tanpa ada sempadan ruang masa dan tempat kerana ianya semuanya berada dihujung jari setiap individu dan bezanya cuma mahu atau tidak. Walaubagaimanapun sedar atau tidak bahan bacaan ataupun bahan multimidea yang berbentuk seperti video, flash dan lain-lain yang kita perolehi daripda internet bukanlah mempunyai kebolehpercayaan dan keabsahan tentang isi kandungan yang dihuraikan dalam sebuah blog atau laman web tersebut, kerana ianya bukanlah ditapis oleh jabatan-jabatan tertentu sebaliknya atas kehendak pemilik laman tersebut samada mahu bersifat jujur dalam menyampaikan apa yang benar. Oleh yang demikian kemungkinan ianya bersifat rekaan atau fantasi yang direka-reka semata-mata dan bukannya bersifat realistik sebagaimana yang kita harapkan. Malangnya kelemahan ini dijadikan oleh pihak-pihak yang tertentu sebagai medan untuk mereka memberi dan menyampaikan apa yang ingin dicoretkan tanpa menilai dan memikirkan tentang aspek budaya, tuntutan agama, norma serta nilai-nilai mulia yang wujud dalam fitrah sebagai seorang manusia. Maka tidak hairanlah pengaruh asing boleh wujud dalam dunia tanpa wayar (internet).



AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

i) Menyembah kubur


Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.

Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat.



ii) Percaya kepada tangkal

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan hadis ini sahih,
Maksudnya: “Barangsiapa yang menggantung tamimah (tangkal), maka sungguh dia telah syirik.” (Musnad Ahmad bin Hanbal, 4/156)
 (dipetik dari:http://ilmuanmalaysia.com/khutbah-jumaat-amalan-syirik-dalam-masyarakat-malaysia/)

 Tangkal merupakan sesuatu benda yang sering dipakai oleh mereka yang ingin menghindarkan diri dari dari sebarang kemudaratan dan penyakit.Contohnya,Kadang-kadang kita lihat masyarakat kita bila mana anaknya menangis tidak berhenti, dia pergi ke hujung kampung kepada orang yang boleh menghentikan tangisan anaknya. Diletakkannya benang supaya boleh menghilangkan tangisnya. Kadang-kadang memang betul tidak menangis budak itu. Maka percayalah dia kepada tangkal itu.Selain itu,ada sesetengah individu percaya bahawa tangkal juga dapat memberi kekuatan luar biasa sehingga membuatka dirinya merasa kuat seperti badan menjadi kebal dan boleh mengangkat batu yang besar.

iii) Kepercayaan kepada kekuasaan jin.

Kepercayaan kepada kuasa jin sangat dilarang oleh agama kerana ia adalah bentuk kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib yang bertentangan dengan agama kita.Contohnya,kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya.Selain itu,ada juga mereka yang menjadikan jin itu sebagai pelindung untuk melindungi keluarga,rumah dan harta benda sehingga mereka sanggup membela saka seperti saka harimau,saka monyet dan sebagainya.

iv) Mendirikan rumah baru
 
·        Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

i) PERANAN KERAJAAN

  • Menapis filem yang mempunyai adegan yang mendorong ke arah perbuatan syirik dan khurafat sebelum ditayangkan kepada orang awam.
  • Mengadakan kempen "khurafat dan syirik dalam islam" serta penerbitan buku-buku agama untuk proses pembelajaran masyarakat bagi memberi  pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai berkenaan kesan khurafat dan syirik dalam kehidupan.
  • Lebih banyak mengeluarkan filem dan program dakwah yang berunsurkan kerohanian kepada masyarakat seperti halaqah,al-kuliyyah dan tanyalah ustaz untuk menambah pemahaman mengenai bahaya amalan syirik dan khurafat.


ii) PERANAN MASYARAKAT

  Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:
  • Sentiasa mengambil berat isu-isu semasa berkenaan amalan khurafat dan syirik seperti pemujaan kubur,amalan-amalan ritual di kawasan sekeliling yang semakin   berleluasa dalam negara untuk membantu kerajaan mengatasi masalah ini.
  • Membuat rondaan di tempat-tempat yang selalu menjadi pusat pemujaan seperti kawasan           perkuburan dan mengambil tindakan segera sekiranya ternampak amalan tersebut sedang dilakukan.


iii) PERANAN KELUARGA
  Kepesatan ekonomi pada masa kini menyebabkan ibu bapa sering mengabaikan keluarga demi mengejar wang semata-mata.Hal ini menyebabkan anak-anak terabai dan mudah terpengaruh dengan dunia luar sehingga sesetengah mereka terpangaruh dengan perbuatan syirik dan khurafat.Oleh itu,ibu bapa perlulah  sentiasa mengawasi tindakan anak-anak semasa berada di dalam atau di luar rumah,memerhati tingkah laku anak-anak dan sentiasa bertanya apa yang sedang dilakukan mereka.Selain itu,ibu bapa perlulah mengelakkan anak-anak kecil daripada menonton filem-filem yang mempunyai unsur khurafat dan lebih banyak memberi tontonon yang boleh merangsang pembesaran mereka seperti program kanak-kanak.


iv) PERANAN DIRI SENDIRI

    Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar  kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka. Selain itu,kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditonton berkaitan dengan cerita khurafat dan syirik dan perlulah banyakkan beristighfar sekiranya terlihat adegan itu ditayangkan dan memperbanyakkan amal ibadat untuk meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.


No comments:

Post a Comment