Di samping itu, kerajaan yang prihatin seharusnya mengambil tahu akan perkara disekeliling mereka terutama dalam masalah syirik dan khurafat yang semakin berleluasa seperti yang terkandung dalam filem.Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani dan membanteras masalah ini dengan mengehadkan lagi filem-filem yang berunsurkan syirik dan khurafat yang berlebihan dan memperbanyakkan lagi filem berunsurkan kerohanian., Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan itu kerajaan perlulah menapis terllebih dahulu setiap filem yang diterbitkan sebelum ditayangkan kepada orang ramai.
Akhir sekali sebagai seorang muslim yang sejati haruslah tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditayangkan dan lebih memperbanyakkan ibadat kepada Allah.Elakkan diri daripada tempat-tempat yang sering menjalani aktiviti khurafat seperti kawasan perkuburan,hutan dan sebagainya.Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mengatasi masalah ini.Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah s.w.t merupakan pencipta sekalian makhluk.
No comments:
Post a Comment